Buang Ketuat, Kulit Lebih
Bersih & Lebih Selesa
Rawatan tepat sasaran yang direka untuk membuang ketuat dan pertumbuhan kulit
kecil yang tidak diingini dengan selamat dan terkawal.
✔ Rawatan Mengikut SOP
✔ Teknologi Estetik Moden
✔ Beautician Sah & Bertauliah
✔ Protokol Keselamatan Diutamakan
Ketuat Buat Anda Rasa Kurang Selesa?
Ketuat kecil atau skin tag biasanya tidak berbahaya, tetapi boleh mengganggu penampilan atau rasa kurang selesa apabila berada di kawasan seperti leher, ketiak, wajah atau lipatan kulit. Ada juga yang mudah tergesel dengan tudung, rantai, pakaian atau aksesori harian.
Rawatan Buang Ketuat di Estika Medispa direka untuk membantu menilai dan membuang skin tag yang sesuai dirawat dengan pendekatan yang lebih terkawal. Sebelum rawatan dibuat, kawasan kulit akan disemak terlebih dahulu untuk memastikan ketumbuhan tersebut sesuai untuk rawatan.
Proses Rawatan Buang Ketuat
Tempoh Rawatan
Sekitar 15 hingga 30 minit, bergantung kepada jumlah, saiz dan lokasi skin tag.
Tahap Keselesaan
Rasa kurang selesa mungkin berlaku, bergantung kepada kawasan rawatan & sensitiviti kulit.
Downtime
Downtime minimum, tetapi kawasan rawatan memerlukan penjagaan ringkas selepas prosedur.
Hasil Selepas Rawatan
Ketuat yang sesuai akan dibuang, & kawasan kulit akan lalui proses penyembuhan secara berperingkat.
Siapa Yang Tidak Sesuai Untuk Rawatan Ini?
Rawatan ini mungkin tidak sesuai untuk pelanggan yang mempunyai:
- Ketumbuhan kulit yang belum dikenal pasti atau kelihatan mencurigakan
- Jangkitan kulit aktif atau iritasi pada kawasan rawatan
- Luka terbuka pada kawasan rawatan
- Keadaan kulit atau kesihatan tertentu yang memerlukan semakan profesional
Konsultasi diperlukan sebelum rawatan dijalankan supaya team Estika boleh menilai keadaan kulit dan kesesuaian rawatan terlebih dahulu.
Keselamatan Anda Keutamaan Kami
Setiap prosedur Buang Ketuat dijalankan mengikut protokol kebersihan dan keselamatan Estika supaya rawatan lebih bersih, tepat dan terkawal.
Prosedur Rawatan Bersih
Peralatan Sekali Guna Jika Perlu
Standard Sanitasi Profesional
Rawatan Tepat Untuk Ketuat
Kecil Yang Mengganggu Keselesaan Kulit
Setiap langkah rawatan disusun untuk menilai keadaan skin tag, memastikan
kesesuaian rawatan dan membantu kawasan kulit pulih dengan penjagaan yang betul.
Semakan Ketumbuhan Kulit
Practitioner akan menilai skin tag atau ketumbuhan kecil untuk memastikan ia sesuai dirawat.
01
Persediaan Kawasan Rawatan
Kawasan rawatan dibersihkan dan disediakan sebelum prosedur dimulakan.
02
Buang Ketuat Secara Terkawal
Rawatan dilakukan secara tepat pada skin tag yang sesuai, dengan perhatian kepada kawasan kulit sekeliling.
03
Sokongan Penyembuhan Kulit
Kawasan rawatan akan dijaga selepas prosedur untuk membantu keselesaan dan proses penyembuhan.
04
Panduan Selepas Rawatan
Practitioner akan berkongsi arahan penjagaan selepas rawatan supaya kawasan tersebut kekal bersih dan terlindung.
05
Dipercayai Pelanggan Yang Mahukan
Kulit Kelihatan Lebih Bersih Dan Kemas
Ramai pelanggan memilih rawatan Buang Ketuat kerana pendekatannya yang
lebih targeted untuk skin tag kecil yang mengganggu penampilan atau keselesaan harian.
Michelle Ksl15Trustindex verifies that the original source of the review is Google. Walkin greeted with soulful music and lemongrass smell that relief stress at an instance... Loving it highly recommend ImahTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Sangar bagus Ramizah RoslanTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Besttt, soft, urutan muka pun sedap. Thank you estika medispa puchong🫶🏻 Fasha FauzieTrustindex verifies that the original source of the review is Google. First time datang , sangat best . Bersih . Terima kasih pada Hasirah , Puteri utk consultation, Ain utk rawatan. Pasti datang lagi Nurul Farahaton Najihan JusohTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Treatment best & recommended wawanie anuarTrustindex verifies that the original source of the review is Google. good dan sangat terbaikk DARSHINI MITIRATrustindex verifies that the original source of the review is Google. The service is too good and feel so fresh Thamarai 00Trustindex verifies that the original source of the review is Google. Baik Nur Amira FarhanaTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Satisfied with the service & all the staffs are friendly.
Soalan Lazim
Adakah rawatan Buang Ketuat menyakitkan?
Rasa kurang selesa ringan mungkin berlaku, bergantung kepada kawasan rawatan dan sensitiviti kulit.
Bolehkah semua ketuat dibuang?
Kesesuaian rawatan bergantung kepada keadaan, lokasi dan jenis ketumbuhan kulit selepas semakan dibuat.
Adakah rawatan ini mempunyai downtime?
Downtime biasanya minimum, tetapi kawasan rawatan memerlukan penjagaan ringkas selepas prosedur.
Siapa yang akan menjalankan rawatan ini?
Rawatan dijalankan oleh practitioner terlatih yang mengikuti protokol Estika.
Bantu Kulit Kelihatan Lebih Bersih, Licin & Selesa
Kunjungi cawangan Estika Medispa berhampiran anda & biar team kami bantu cadangkan rawatan yang lebih sesuai untuk kulit anda.
Penafian Perubatan: Maklumat yang disediakan di estika.com adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional. Protokol rawatan Estika Medispa dibangunkan oleh pakar estetik bertauliah mengikut standard penjagaan kesihatan Malaysia. Keputusan rawatan mungkin berbeza mengikut keadaan kulit, hormon dan faktor persekitaran setiap individu.