Lebih Satu Dekad Menjaga Kulit Rakyat Malaysia
Estika Medispa menggunakan rawatan estetik berasaskan sains yang
dikendalikan oleh pakar bertauliah — untuk hasil yang selamat, nyata, dan berkekalan.
Dari Satu Cawangan di Terengganu,
Hingga 37 Cawangan di Seluruh Malaysia.
Perjalanan Estika Medispa bermula pada 2015 — dengan satu matlamat yang mudah: bantu rakyat Malaysia selesaikan masalah kulit dengan rawatan yang selamat, berkesan, dan boleh dipercayai.
Hari ini, lebih 120,000 pelanggan dari seluruh negara telah mempercayakan kesihatan kulit mereka kepada kami — dari masalah jerawat, kulit kering, pori besar, pigmentasi, hingga tanda penuaan yang mula muncul.
Kami bukan sekadar spa. Setiap rawatan di Estika dijalankan mengikut protokol perubatan yang ketat, oleh pakar yang benar-benar faham kulit anda.
Falsafah Estika
Kami Percaya Kulit yang Sihat Bukan Kebetulan.
Ia adalah hasil daripada rawatan yang tepat, pendekatan yang menyeluruh, dan penjagaan yang tidak berhenti selepas sesi rawatan selesai.
Di Estika Medispa, kami tidak ambil jalan mudah. Setiap keputusan rawatan dibuat berdasarkan analisis kulit yang teliti, bukti klinikal yang kukuh, dan pemahaman mendalam tentang keperluan setiap pelanggan.
Keselamatan anda bukan sekadar keutamaan — ia adalah perkara yang tidak pernah kami kompromikan.
Diketuai Oleh Doktor Berpengalaman
Dr. Abdul Haq Ab Wasa Pengasas, Estika Medispa
- Bachelor of Medicine & Surgery (MBBCh), Alexandria University, Egypt
- Aesthetic Medicine, American Academy of Aesthetic Medicine
- Bekas Pegawai Perubatan, Hospital Sultanah Nur Zahirah
- Berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) — No. Pendaftaran: 63574
Selepas berkhidmat sebagai pegawai perubatan kerajaan, Dr. Abdul Haq mengambil keputusan untuk membawa kepakaran beliau lebih dekat kepada masyarakat. Pada 2015, beliau mengasaskan Estika Medispa di Kuala Terengganu — dengan visi untuk menawarkan rawatan estetik yang selamat, berkesan, dan boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat Malaysia.
Dr. Mohd Hanafi bin Abdull Habir Ketua Pegawai Operasi, Estika Medispa Holdings Sdn. Bhd.
- Bachelor of Medicine & Surgery (MBBS), Cyberjaya University College of Medical Sciences
- Bachelor Degree in Biomedical Sciences, Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia (KUTPM)
- Bekas Pegawai Perubatan, Hospital Sultanah Nur Zahirah
- Bekas Pegawai Perubatan, Klinik Kesihatan Klebang, Melaka
Dengan pengalaman lebih tujuh tahun menguruskan klinik swasta, Dr. Mohd Hanafi membawa gabungan unik antara kepakaran klinikal dan ketajaman perniagaan ke dalam Estika Medispa — untuk memastikan syarikat terus berkembang sambil mengekalkan standard penjagaan yang tinggi untuk setiap pelanggan.
Keselamatan Tanpa Kompromi
Diluluskan MDA
Semua peralatan rawatan kami berdaftar dengan Medical Device Authority Malaysia — memastikan setiap teknologi yang digunakan telah melalui penilaian keselamatan yang ketat.
Teknologi Bertaraf FDA
Kami hanya menggunakan jenama teknologi yang telah mendapat kelulusan FDA — kerana kulit anda layak mendapat yang terbaik.
Protokol Sterilisasi Gred Perubatan
Setiap sesi rawatan menggunakan prosedur sterilisasi yang ketat, persekitaran yang bersih dan disanitasi, serta peralatan pakai buang yang bersertifikasi.
Estika Method
Pelan Rawatan yang Disesuaikan
Kami tidak percaya kepada rawatan yang sama untuk semua orang. Setiap perjalanan bermula dengan analisis kulit mendalam, kerana setiap kulit berbeza.
Hasil Berdasarkan Bukti Klinikal
Semua protokol rawatan kami dibangunkan berdasarkan kajian klinikal — untuk memastikan keberkesanan yang
optimum danmasa pemulihan yang minima.
Kulit Anda Layak Mendapat Rawatan yang Terbaik
Lawati mana-mana cawangan Estika Medispa yang berhampiran
dengan anda & team kami sedia membantu.