Kulit Bermasalah? Kami Bantu Cari Penyelesaiannya

Kulit yang sihat bukan sekadar soal penampilan, ia tentang rasa yakin dengan diri sendiri.
Kami bantu anda faham punca masalah kulit dan cadangkan rawatan yang betul-betul sesuai.

Apa Itu Masalah Kulit?

Masalah kulit adalah sesuatu yang hampir semua orang pernah lalui. Jerawat, kulit kering, tompok gelap, atau tanda penuaan yang mula muncul.

Ia boleh datang dari dalam badan seperti perubahan hormon dan genetik, atau dari luar seperti cuaca, tekanan, dan cara kita jaga kulit setiap hari.

Masalah yang dibiarkan tanpa rawatan yang betul boleh bertambah teruk dari masa ke masa. Di Estika Medispa, kami cari punca sebenar dan cadangkan rawatan yang betul untuk kulit anda dalam jangka masa panjang.

Fakta yang Ramai Tidak Tahu

  • Lebih 80 peratus daripada kita pernah mengalami sekurang-kurangnya satu masalah kulit dalam hidup.
  • Jerawat menjejaskan sehingga 85 peratus, terutama pada usia remaja & awal dewasa.
  • Pigmentasi dan warna kulit tidak sekata adalah antara masalah paling biasa di Asia Tenggara akibat pendedahan cahaya matahari yang tinggi.
  • Hampir 60 peratus masalah kulit berkait rapat dengan gaya hidup, tekanan, pemakanan tidak seimbang, dan kurang tidur.
  • Ramai yang tunggu terlalu lama sebelum dapatkan rawatan, dan kelewatan ini boleh menjadikan masalah lebih sukar dirawat.
home estika medispa

Kenapa Masalah Kulit Berlaku?

Masalah kulit jarang datang dari satu punca sahaja. Ia biasanya berlaku apabila beberapa faktor dalaman & luaran bergabung pada masa yang sama.

Simtom

Faktor Dalaman

 Perubahan hormon, keturunan, dan proses penuaan boleh mempengaruhi penghasilan minyak, sensitiviti kulit, dan tahap kolagen dalam badan.

Gaya Hidup

 Rutin penjagaan kulit yang tidak konsisten, pemakanan kurang sihat, tekanan yang tinggi, dan kurang tidur boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit dari masa ke masa.

Pendedahan Persekitaran

Kita tinggal di negara yang panas dan lembap sepanjang tahun. Pendedahan harian kepada cahaya UV dan pencemaran udara boleh menyebabkan pigmentasi, penuaan awal, dan warna kulit tidak sekata.

Masalah Kulit yang Kami Bantu Selesaikan

Macam Mana Kami Bantu Anda

Di Estika Medispa, setiap rawatan dirancang khas mengikut keperluan kulit anda.

Analisis Kulit

Kami nilai keadaan kulit anda menggunakan teknologi terkini untuk kesan masalah kulit yang tidak dapat dilihat dengan mata biasa.

01

Konsultasi

Pakar kami terangkan apa yang dijumpai dan cadangkan rawatan yang paling sesuai — dalam bahasa yang mudah anda fahami.

02

Pelan Rawatan

Rawatan yang kami cadangkan adalah berdasarkan keadaan kulit anda — bukan pendekatan yang sama untuk semua orang.

03

Sesi Rawatan

Semua prosedur adalah non-invasif, selamat, dan dijalankan oleh pengamal terlatih mengikut SOP yang ketat.

04

Panduan Selepas Rawatan

Kami berikan panduan penjagaan kulit yang jelas supaya hasil rawatan bertahan lebih lama dan masalah kulit tidak datang semula.

05

Soalan Lazim

Maklumat ringkas untuk membantu anda lebih yakin.
Perlukah buat banyak sesi?

Ada kondisi tertentu seperti parut jerawat dan pigmentasi yang memerlukan beberapa sesi untuk hasil yang terbaik.

Ya — semua rawatan adalah non-invasif dan dijalankan oleh pengamal terlatih mengikut SOP keselamatan yang ketat.

Cara terbaik adalah melalui konsultasi bersama pakar kami untuk penilaian yang tepat berdasarkan keadaan kulit anda.

Kebanyakan pelanggan mula nampak perubahan dalam beberapa sesi pertama rawatan.

Ya — kebanyakan masalah kulit boleh diperbaiki dengan rawatan yang tepat dan konsisten.

Kami Sedia Membantu Anda Dari Langkah Pertama

Kunjungi cawangan Estika Medispa berhampiran anda &
team kami bantu cadangkan rawatan yang lebih sesuai untuk kulit anda.

Penafian Perubatan: Maklumat yang disediakan di estika.com adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional. Protokol rawatan Estika Medispa dibangunkan oleh pakar estetik bertauliah mengikut standard penjagaan kesihatan Malaysia. Keputusan rawatan mungkin berbeza mengikut keadaan kulit, hormon dan faktor persekitaran setiap individu.