Lami Peel, Kulit Lebih Berseri, Tanpa Downtime
Rawatan lifting & peeling generasi baharu, cukup lembut untuk kulit nipis & sensitif tanpa mengelupas.
✔ Beautician Bertauliah
✔ Protokol Utamakan Keselamatan
✔ Rawatan Berpandukan SOP
✔ Pertama Di Malaysia, Dari Korea
Nak Kulit Lebih Kejap & Bersih Tanpa Kelupasan?
Kebanyakan peeling korbankan keselesaan demi hasil. Lami Peel tak begitu.
Diformulasi dari peringkat penyelidikan supaya selamat walau untuk kulit nipis & sensitif. Ia membersihkan liang secara mendalam serta membantu kekejangan, keanjalan & pembaharuan kulit tanpa downtime yang ketara.
Membantu: kekejangan kulit, keanjalan, seri & pembaharuan menyeluruh , menggunakan sistem dua langkah (pembetulan lembap, diikuti langkah peptide-complex pencerah).
Masalah Kulit Yang Mungkin Dibantu
Sesuai untuk masalah seperti:
Proses Rawatan Lami Peel
Tempoh
Lebih kurang 30–45 minit — merangkumi pembersihan, peeling dua langkah & penutup.




Tahap Keselesaan
Sejuk & menenangkan, aplikasi dua langkah yang lembut walau untuk kulit sensitif.
Downtime
Tiada. Tanpa kelupasan — terus boleh bermakeup & teruskan hari anda.
Hasil
Kulit lebih kejap & berseri dari kunjungan pertama, bertambah baik dengan rawatan berulang.

Siapa Yang Mungkin Tidak Sesuai Untuk Rawatan Ini?
Rawatan ini mungkin tidak sesuai untuk individu dengan:
- Jangkitan kulit aktif atau luka terbuka
- Skin barrier yang rosak teruk
- Kehamilan
- Pengambilan ubat tertentu
Konsultasi disyorkan sebelum rawatan.
Keselamatan Anda Diutamakan
Setiap rawatan Lami Peel dijalankan dengan protokol mengutamakan kebersihan & prosedur teratur.
Prosedur rawatan steril
Alatan sekali guna di mana perlu
Standard sanitasi gred klinikal
Apa Yang Berlaku Semasa Rawatan Lami Peel?
Setiap rawatan bermula dengan memahami kulit anda, diikuti cadangan khusus & panduan penjagaan selepas rawatan.
Konsultasi
Apa yang mengganggu anda tentang tekstur & kekejangan kulit.
01
Analisis Kulit
Lihat lebih dekat keadaan & sensitiviti kulit anda.
02
Rawatan Khas
Dijalankan mengikut keperluan anda.
03
Panduan Penjagaan
Penjagaan mudah untuk panjangkan hasil anda.
04
Hasil Sebenar Dari Rawatan Lami Peel
Ramai pelanggan pilih rawatan Lami Peel sebagai sebahagian rutin skincare mereka.
Soalan Lazim
Adakah kulit saya akan kelupas?
Tidak. Lami Peel elak kelupasan ketara macam peeling kimia tradisional.
Selamat untuk kulit sensitif?
Diformulasi untuk kulit sensitif, namun tetap disahkan secara individu semasa konsultasi.
Siapa yang menjalankan rawatan?
Beautician bertauliah, terlatih mengikut protokol Estika.
Adakah ada pelan pembayaran?
Pilihan pembayaran fleksibel mungkin tersedia.
Mahukan Kulit Yang Lebih Lembap, Lembut Dan Berseri?
Kunjungi cawangan Estika Medispa berhampiran anda dan biar team kami bantu cadangkan rawatan yang lebih sesuai untuk kulit anda.
Penafian Perubatan: Maklumat yang disediakan di estika.com adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional. Protokol rawatan Estika Medispa dibangunkan oleh pakar estetik bertauliah mengikut standard penjagaan kesihatan Malaysia. Keputusan rawatan mungkin berbeza mengikut keadaan kulit, hormon dan faktor persekitaran setiap individu.