Kulit Muka Berminyak Boleh Dikawal. Mulakan dengan Rawatan yang Betul.
Berhenti bergantung pada kertas minyak. Rawatan kami menyasarkan punca sebenar penghasilan minyak berlebihan untuk kulit yang lebih bersih, lebih seimbang, dan lebih selesa setiap hari. Pemenang Anugerah Nona Superwoman 2023 — 37 cawangan seluruh Malaysia.
Apa Itu Kulit Berminyak?
Kulit berminyak berlaku apabila kelenjar minyak dalam kulit menghasilkan sebum yang berlebihan. Minyak memang diperlukan oleh kulit untuk perlindungan semula jadi tetapi apabila penghasilannya tidak terkawal, ia boleh menyebabkan pori tersumbat, kulit berkilat sepanjang masa & jerawat yang berulang.
Di Estika Medispa, kami tidak sekadar “buang” minyak dari permukaan kulit — kerana itu hanya akan membuatkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak sebagai tindak balas. Kami rawat punca sebenar dengan teknologi terkini untuk bantu kulit anda mencapai keseimbangan yang lebih sihat.
Fakta yang Ramai Tidak Tahu
- Setiap kenaikan suhu 1°C di Malaysia boleh meningkatkan penghasilan minyak kulit sebanyak 10 peratus — menjadikan kawalan minyak di negara tropika ini satu cabaran yang unik.
- Kulit berminyak yang tidak dirawat boleh menyebabkan pori kelihatan 3 kali lebih besar menjelang usia 30 tahun akibat kehilangan keanjalan dan penyumbatan sebum yang berterusan.
- 85 peratus individu yang menggunakan toner berlcohol tinggi untuk “kawal minyak” sebenarnya mengalami peningkatan minyak sebanyak 20 peratus dalam masa 2 jam — kerana kulit bertindak balas dengan menghasilkan lebih banyak minyak untuk melindungi dirinya.
Simtom
Kulit Berkilat Berterusan
Muka kelihatan berminyak semula dalam masa 1 hingga 2 jam selepas basuh muka.
Pori Besar
Pori kelihatan jelas terutama di kawasan hidung, dahi, dan dagu.
Kulit Sesak
Jerawat pasir hitam dan putih yang kerap muncul, kulit terasa kasar dan tidak rata.
Makeup Tidak Kekal
Foundation dan sunblock sukar kekal pada muka sepanjang hari.
Tekstur Kulit Tebal
Kulit terasa berat akibat lebihan minyak dan pengumpulan sel kulit mati.
Punca
Hormon
Perubahan hormon merangsang kelenjar minyak untuk menghasilkan sebum yang berlebihan.
Genetik
Kelenjar minyak yang lebih besar secara semula jadi dan lebih aktif akibat faktor keturunan.
Cuaca Panas
Haba tropika mencairkan sebum dan menyebabkannya merebak lebih cepat di permukaan kulit.
Lapisan Pelindung Rosak
Penggunaan pencuci muka terlalu keras boleh merosakkan lapisan kulit & menyebabkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak sebagai tindak balas.
RISIKO JANGKA PENDEK
- Jerawat Aktif Lebihan minyak bertindak sebagai “bahan bakar” untuk pertumbuhan bakteria yang menyebabkan jerawat.
- Jerawat Pasir Hitam Sebum yang mengeras dan bertukar hitam apabila terdedah kepada udara, menyebabkan pori kelihatan kotor.
- Kulit Merah dan Gatal Keradangan di kawasan berminyak seperti tepi hidung akibat sebum yang berlebihan.
RISIKO JANGKA PANJANG
- Pori Membesar Kekal Pori yang teregang akibat penyumbatan minyak yang kronik jarang kembali ke saiz asal tanpa rawatan profesional.
- Tekstur Kulit Rosak Keradangan yang berterusan memusnahkan tekstur kulit yang licin dari masa ke masa.
- Kulit Menebal Kulit menebal untuk melindungi dirinya daripada lebihan minyak, menyebabkan kulit kelihatan kusam dan menua lebih awal.
Jenis-Jenis Kulit Berminyak
Kulit Berminyak & Sesak
Dicirikan oleh jerawat pasir yang kerap dan tekstur kulit yang kasar.
01
Berminyak tetapi Kekurangan Air
Kulit kelihatan berminyak di permukaan tetapi terasa ketat dan kekurangan kelembapan di dalam — masalah yang sangat biasa di kalangan rakyat Malaysia.
02
Berminyak Akibat Hormon
Lonjakan minyak yang mendadak berkait dengan tekanan atau kitaran haid.
03
Kulit Berminyak & Jerawat Dalam
Benjolan besar dan menyakitkan yang terbentuk apabila lebihan minyak terperangkap dalam folikel yang dalam.
04
Soalan Lazim
Perlukah saya elakkan pelembap jika kulit sudah berminyak?
Tidak. Mengelakkan pelembap akan menyebabkan kulit kekurangan air, yang mencetuskan kulit untuk menghasilkan lebih banyak minyak sebagai tindak balas. Gunakan pelembap berasaskan gel yang bebas minyak untuk mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit.
Adakah membasuh muka 5 kali sehari membantu kulit berminyak?
Tidak — ia sebenarnya memberi kesan yang bertentangan. Membasuh muka terlalu kerap merosakkan lapisan pelindung kulit. Basuh muka dua kali sehari dengan pembersih yang sesuai untuk mengekalkan keseimbangan minyak dan air dalam kulit.
Bolehkah rawatan profesional mengurangkan minyak secara kekal?
Ya. Rawatan klinikal dapat menyasarkan kelenjar minyak secara langsung untuk mengecilkannya atau membersihkan pori secara mendalam — sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh pembersih biasa di rumah. Ini memberikan hasil kawalan minyak yang lebih bertahan lama.
Kenapa kulit berminyak hanya di bahagian T-Zone sahaja?
Ini dipanggil kulit kombinasi. Kawasan T-Zone iaitu dahi, hidung, dan dagu mempunyai ketumpatan kelenjar minyak yang lebih tinggi berbanding kawasan pipi. Rawatan yang disasarkan khusus untuk kawasan ini adalah pendekatan yang paling berkesan.
Kulit Berminyak Boleh Dikawal dengan Rawatan yang Betul
Kunjungi cawangan Estika Medispa berhampiran anda &
team kami bantu cadangkan rawatan yang lebih sesuai untuk kulit anda.
Penafian Perubatan: Maklumat yang disediakan di estika.com adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional. Protokol rawatan Estika Medispa dibangunkan oleh pakar estetik bertauliah mengikut standard penjagaan kesihatan Malaysia. Keputusan rawatan mungkin berbeza mengikut keadaan kulit, hormon dan faktor persekitaran setiap individu.