Pudarkan Bintik Hitam & Jeragat: Rawatan Klinikal Untuk Pigmentasi

Rawatan berasaskan teknologi perubatan kami menyasarkan pigmentasi dari punca sebenarnya.
Pemenang Anugerah Nona Superwoman 2023 — 37 cawangan seluruh Malaysia.

Apa Itu Bintik Hitam dan Pigmentasi?

Pigmentasi berlaku apabila kulit menghasilkan terlalu banyak warna gelap di kawasan tertentu akibat cahaya matahari, perubahan hormon, atau kesan selepas jerawat. Di Malaysia yang panas dan cerah sepanjang tahun, masalah ini sangat biasa dan boleh muncul sebagai bintik hitam, tompok gelap, atau jeragat.

Di Estika Medispa, kami tidak sekadar pudarkan tompok yang kelihatan. Kami rawat dari punca untuk kulit yang lebih sekata dan lebih cerah dalam jangka masa panjang.

Fakta yang Ramai Tidak Tahu

  • Hanya 15 minit terdedah kepada cahaya matahari tanpa perlindungan sudah cukup untuk meningkatkan penghasilan pigmen gelap sebanyak 20 peratus dan indeks UV Malaysia sering berada pada tahap yang sangat tinggi sepanjang tahun.
  • 60 peratus wanita Malaysia berusia 35 tahun ke atas mengalami jeragat sering dicetuskan oleh kehamilan, pil perancang, atau perubahan hormon.
  • Kulit yang lebih gelap 3 kali lebih berisiko mengalami tompok hitam kekal selepas jerawat atau kecederaan kulit sembuh.
dark spot pigmentation problem

SIMTOM

Bintik Gelap Kecil

Tompok kecil berwarna coklat atau hitam yang biasanya muncul di kawasan yang selalu terdedah kepada cahaya matahari.

Jeragat

Tompok kecoklatan yang lebih besar di pipi, dahi, atau atas bibir biasanya muncul pada kedua-dua belah muka secara serentak.

Kesan Selepas Jerawat

Tanda merah atau coklat yang tinggal selepas jerawat sembuh walaupun jerawat sudah tiada.

Warna Kulit Tidak Sekata

Sesetengah kawasan muka kelihatan lebih gelap berbanding kawasan lain.

Tompok Kasar

Tompok coklat yang sedikit timbul dan terasa kasar apabila disentuh.

PUNCA

SINARAN UV

Punca utama kulit menghasilkan lebih banyak warna gelap sebagai cara melindungi dirinya daripada cahaya UV.

Perubahan Hormon

Kehamilan, pil perancang, atau perubahan hormon boleh menyebabkan kulit menghasilkan pigmen yang tidak sekata.

Kesan Keradangan

Jerawat atau kecederaan kulit yang sembuh kadangkala meninggalkan tompok gelap yang mengambil masa lama untuk hilang.

Ubatan atau Produk Tertentu

Sesetengah ubatan atau pewangi menjadikan kulit lebih sensitif kepada cahaya matahari dan meningkatkan risiko pigmentasi.

RISIKO JANGKA PENDEK

  • Pigmentasi Semakin Gelap Tompok yang dibiarkan tanpa rawatan akan semakin sukar untuk dirawat dari masa ke masa.
  • Kulit Kelihatan Lebih Tua Bintik gelap yang ketara menjadikan wajah kelihatan lebih berusia dari usia sebenar.
  • Kerosakan akibat Rawatan Sendiri Penggunaan krim pemutih yang tidak selamat boleh menyebabkan kerosakan kulit yang lebih serius & sukar dipulihkan.

RISIKO JANGKA PANJANG

  • Pigmentasi Masuk Lebih Dalam Pigmen yang tidak dirawat boleh meresap lebih dalam ke lapisan kulit dan menjadi semakin sukar untuk dihilangkan.
  • Kerosakan Kulit Kekal Penggunaan produk pemutih yang tidak selamat dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan perubahan warna kulit yang kekal.
  • Penuaan Lebih Awal Pigmentasi yang berterusan sering merosakkan kolagen kulit menyebabkan kedutan yang lebih dalam & kulit yang kelihatan tidak sihat.

Jenis-Jenis Bintik Hitam dan Pigmentasi

Jeragat

Tompok gelap yang berkait dengan hormon — biasanya di pipi dan dahi. Susah hilang dengan krim biasa sahaja.

01

Kesan Selepas Jerawat

Tompok gelap yang tinggal selepas jerawat atau kecederaan kulit sembuh.

02

Bintik Matahari

Bintik gelap kecil yang muncul di kawasan muka dan tangan akibat pendedahan cahaya matahari yang kerap.

03

Jeragat Genetik

Tompok coklat kecil yang berkait dengan faktor keturunan dan pendedahan awal kepada cahaya matahari sejak kecil.

04

Soalan Lazim

Maklumat ringkas untuk membantu anda lebih yakn

Bolehkah jeragat hilang sepenuhnya?

Jeragat boleh dipudarkan dengan berkesan melalui rawatan yang betul, tetapi kerana ia berkait dengan hormon, ia boleh datang semula apabila terdedah kepada cahaya matahari atau haba. Perlindungan berterusan dan rawatan profesional adalah kunci untuk mengekalkan hasilnya.

Kenapa pigmentasi saya semakin gelap walaupun jarang keluar rumah? Haba dari memasak dan cahaya biru dari skrin telefon atau komputer juga boleh merangsang penghasilan pigmen gelap. Jika anda berada berhampiran tingkap tanpa perlindungan SPF, pigmentasi masih boleh bertambah gelap.

Bergantung kepada bahannya. Vitamin C sesuai digunakan pada waktu siang. Tetapi bahan seperti Hydroquinone atau Retinoid yang kuat hanya sesuai digunakan pada waktu malam kerana ia menjadikan kulit lebih sensitif kepada cahaya matahari.

Krim biasa sukar menyasarkan pigmen yang sudah masuk ke lapisan kulit yang dalam. Teknologi rawatan kami menyasarkan pigmen secara tepat dan memecahkannya supaya badan dapat membersihkannya secara semula jadi.

Disahkan oleh Pakar Estetik Estika Medispa

Kunjungi cawangan Estika Medispa berhampiran anda &
team kami bantu cadangkan rawatan yang lebih sesuai untuk kulit anda.

Penafian Perubatan: Maklumat yang disediakan di estika.com adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional. Protokol rawatan Estika Medispa dibangunkan oleh pakar estetik bertauliah mengikut standard penjagaan kesihatan Malaysia. Keputusan rawatan mungkin berbeza mengikut keadaan kulit, hormon dan faktor persekitaran setiap individu.