Buang Tatu Untuk Membantu
Memudarkan Tatu Secara Berperingkat

Rawatan laser-based yang membantu menyasarkan dakwat tatu di bawah
kulit melalui pendekatan yang lebih tersusun, selamat dan berdasarkan semakan awal.

✔ Rawatan Mengikut SOP
✔ Teknologi Estetik Moden
✔ Beautician Sah & Bertauliah
✔ Protokol Keselamatan Diutamakan

Nak Buang Tatu Tapi Tak
Tahu Nak Mula dari Mana?

Dakwat tatu terletak di bawah lapisan kulit — sebab itulah proses pembuangannya memerlukan beberapa sesi untuk hasil yang baik. Ia bukan proses semalaman, tapi dengan pendekatan yang betul, tatu boleh dipudarkan secara selamat dan berkesan.

Rawatan Tattoo Removal di Estika Medispa menyasarkan dakwat tatu dari masa ke masa, membantu tatu kelihatan lebih pudar dan kurang ketara dengan sesi yang konsisten.

Proses Rawatan Lips Rejuvenation

Tempoh Rawatan

Sekitar 15 hingga 45 minit untuk setiap sesi, bergantung kepada saiz, lokasi dan tahap kompleksiti tatu.

Estika Medispa
Estika Medispa
Estika Medispa
Estika Medispa

Tahap Keselesaan

tattoo removal

Rasa kurang selesa, bergantung kepada kawasan tatu & sensitiviti kulit individu.

Downtime

Downtime minimum, tetapi kawasan rawatan memerlukan penjagaan selepas sesi.

Hasil Selepas Rawatan

Tatu pudar berperingkat selepas beberapa sesi, bergantung kedalaman & warna tatu & keadaan kulit.

Siapa Yang Tidak Sesuai Untuk Rawatan Ini?

Rawatan ini mungkin tidak sesuai untuk pelanggan yang mempunyai:

  • Jangkitan kulit aktif atau luka terbuka pada kawasan rawatan
  • Keadaan kulit tertentu di kawasan tatu
  • Kulit terlalu sensitif atau mudah reaktif
  • Tatu yang tidak sesuai untuk rawatan laser selepas semakan

Konsultasi diperlukan sebelum rawatan dijalankan supaya team Estika boleh menilai kesesuaian kulit dan tatu anda terlebih dahulu.

Keselamatan Anda Keutamaan Kami

Setiap rawatan Buang Tatu dijalankan dengan semakan awal, aplikasi laser terkawal dan protokol kebersihan Estika supaya proses rawatan lebih selamat, bersih dan meyakinkan.

Prosedur Rawatan Bersih

Peralatan Sekali Guna Jika Perlu

Standard Sanitasi Profesional

Proses Berperingkat Untuk Membantu
Memudarkan Tatu Dengan Lebih Terkawal

Setiap langkah rawatan disusun untuk menilai ciri tatu, merancang
sesi rawatan & membantu proses pemudaran berlaku secara berperingkat.

Semakan Tatu

Practitioner akan melihat saiz, warna, kedalaman, usia tatu dan keadaan kulit sebelum rawatan dicadangkan.

01

Pelan Rawatan Disesuaikan

Pelan rawatan akan disusun berdasarkan keadaan tatu dan matlamat anda, sama ada untuk memudarkan tatu, mengurangkan penampilan atau persediaan cover-up.

02

Rawatan Laser

Teknologi laser digunakan secara terkawal untuk menyasarkan dakwat tatu pada kawasan rawatan.

03

Sesi Berperingkat

Beberapa sesi mungkin diperlukan kerana proses pemudaran tatu berlaku secara berperingkat dan bergantung kepada tindak balas kulit serta dakwat.

04

Panduan Selepas Rawatan

Practitioner akan berkongsi arahan penjagaan selepas rawatan untuk membantu kawasan rawatan pulih dengan baik dan terlindung.

05

Dipercayai Pelanggan Yang Mahukan
Rawatan Buang Tatu Secara Profesional

Ramai pelanggan memilih rawatan Buang Tatu di Estika kerana pendekatannya yang bermula
dengan semakan, pelan rawatan yang disesuaikan dan prosedur yang dikendalikan oleh practitioner terlatih.

Soalan Lazim​

Maklumat ringkas untuk membantu anda lebih yakin sebelum menjalani rawatan.
Berapa sesi diperlukan untuk buang tatu?

Bilangan sesi bergantung kepada saiz tatu, warna dakwat, kedalaman, usia tatu dan keadaan kulit anda.

Rasa kurang selesa sederhana mungkin berlaku, bergantung kepada kawasan tatu dan sensitiviti kulit individu.

Hasil rawatan berbeza mengikut ciri tatu. Sesetengah tatu boleh pudar dengan ketara, manakala sesetengah tatu mungkin memerlukan lebih banyak sesi.

Rawatan dijalankan oleh practitioner terlatih yang mengikuti protokol Estika.

Mulakan Dengan Semakan Tatu Yang Lebih Selamat

Kunjungi cawangan Estika Medispa berhampiran anda & biar team kami bantu cadangkan rawatan yang lebih sesuai untuk kulit anda.

Penafian Perubatan: Maklumat yang disediakan di estika.com adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional. Protokol rawatan Estika Medispa dibangunkan oleh pakar estetik bertauliah mengikut standard penjagaan kesihatan Malaysia. Keputusan rawatan mungkin berbeza mengikut keadaan kulit, hormon dan faktor persekitaran setiap individu.