Signature Facial Untuk Kulit Yang Lebih Segar, Halus Dan Berseri
Rawatan facial premium Estika yang menggabungkan beberapa langkah penjagaan wajah untuk membantu kulit terasa lebih bersih, lembap dan terjaga.
✔ Rawatan Mengikut SOP
✔ Teknologi Estetik Moden
✔ Beautician Sah & Bertauliah
✔ Protokol Keselamatan Diutamakan
Mahu Facial Yang Lebih Lengkap Untuk Kulit Anda?
Kebiasaanya facial biasa tidak cukup untuk kulit yang mempunyai beberapa keperluan dalam satu masa, contohnya kulit kusam, kurang lembap, tekstur tidak sekata atau wajah yang nampak letih.
Signature Facial di Estika Medispa direka sebagai rawatan facial yang lebih menyeluruh. Ia menggabungkan pembersihan wajah, hidrasi, teknik facial dan langkah penjagaan kulit yang disesuaikan mengikut keadaan kulit anda.
Signature Facial Sesuai Untuk Masalah Kulit Seperti Ini:
Proses Rawatan Signature Facial
Tempoh Rawatan
Sekitar 60 hingga 75 minit, bergantung kepada kombinasi facial dan keadaan kulit anda.
Tahap Keselesaan
Rawatan facial yang relaks, lembut dan selesa untuk pengalaman penjagaan wajah yang lebih premium.
Downtime Minimum
Kebiasaannya tiada atau sangat minimum downtime selepas rawatan.
Penampilan Selepas Rawatan
Kulit boleh kelihatan lebih lembap, lebih halus dan lebih berseri selepas rawatan.
Siapa Yang Mungkin Tidak Sesuai Untuk Rawatan Ini?
Rawatan ini mungkin tidak sesuai untuk pelanggan yang mengalami:
- Jangkitan kulit aktif atau iritasi pada wajah
- Kulit terlalu sensitif, merah atau sedang meradang
- Keadaan kulit tertentu yang memerlukan semakan profesional terlebih dahulu
Konsultasi awal disarankan sebelum rawatan dijalankan bagi memastikan rawatan sesuai dengan keadaan kulit anda.
Keselamatan Anda Keutamaan Kami
Setiap rawatan Signature Facial dijalankan mengikut protokol kebersihan dan keselamatan Estika supaya pelanggan rasa lebih selesa, yakin dan terjaga sepanjang sesi rawatan.
Prosedur Rawatan Bersih
Peralatan Sekali Guna Jika Perlu
Standard Sanitasi Profesional
Apa Yang Menjadikan Ia “Signature” Facial?
Setiap sesi Signature Facial disusun secara lebih personal, mengikut keadaan kulit
dan keperluan wajah anda pada hari rawatan.
Semakan Kulit
Beautician akan melihat keadaan kulit anda untuk memahami masalah utama dan keperluan rawatan.
01
Pelan Rawatan Disesuaikan
Langkah facial akan disesuaikan mengikut keadaan kulit, sama ada kulit kusam, kering, kurang selesa atau tidak sekata.
02
Pembersihan Mendalam & Persediaan Kulit
Membantu membersihkan kotoran, lebihan minyak dan impurities supaya kulit lebih bersedia untuk langkah rawatan seterusnya.
03
Panduan Selepas Rawatan
Langkah akhir dilakukan untuk membantu mengekalkan kelembapan, menenangkan kulit dan melindungi keadaan kulit selepas rawatan.
04
Dipercayai Pelanggan Yang Mahukan Facial Lebih Premium & Menyeluruh
Ramai pelanggan memilih Signature Facial kerana rawatan ini memberi pengalaman facial yang lebih lengkap, selesa & disesuaikan mengikut keperluan kulit.
Michelle Ksl15Trustindex verifies that the original source of the review is Google. Walkin greeted with soulful music and lemongrass smell that relief stress at an instance... Loving it highly recommend ImahTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Sangar bagus Ramizah RoslanTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Besttt, soft, urutan muka pun sedap. Thank you estika medispa puchong🫶🏻 Fasha FauzieTrustindex verifies that the original source of the review is Google. First time datang , sangat best . Bersih . Terima kasih pada Hasirah , Puteri utk consultation, Ain utk rawatan. Pasti datang lagi Nurul Farahaton Najihan JusohTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Treatment best & recommended wawanie anuarTrustindex verifies that the original source of the review is Google. good dan sangat terbaikk DARSHINI MITIRATrustindex verifies that the original source of the review is Google. The service is too good and feel so fresh Thamarai 00Trustindex verifies that the original source of the review is Google. Baik Nur Amira FarhanaTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Satisfied with the service & all the staffs are friendly.
Soalan Lazim
Maklumat ringkas untuk membantu anda lebih yakin sebelum menjalani rawatan.
Apakah Signature Facial?
Signature Facial ialah rawatan facial Estika yang menggabungkan beberapa langkah penjagaan wajah berdasarkan keperluan kulit anda.
Adakah rawatan ini sesuai untuk semua jenis kulit?
Kesesuaian rawatan bergantung kepada keadaan kulit anda dan akan disemak terlebih dahulu sebelum rawatan dimulakan.
Berapa kerap rawatan ini boleh dilakukan?
Kekerapan rawatan bergantung kepada keadaan kulit, matlamat penjagaan wajah dan cadangan beautician.
Adakah rawatan ini mempunyai downtime?
Kebiasaannya tiada atau sangat minimum downtime selepas rawatan.
Siapa yang akan menjalankan rawatan ini?
Rawatan dikendalikan oleh beautician bertauliah yang dilatih mengikut protokol Estika.
Belum Pasti Facial Mana Yang Sesuai Untuk Kulit Anda?
Kunjungi cawangan Estika Medispa berhampiran anda dan biar team kami bantu cadangkan facial yang lebih sesuai untuk kulit anda.
Medical Disclaimer: The information provided on estika.com is for educational purposes only and does not substitute professional medical advice, diagnosis, or treatment. Estika Medika’s protocols for acne skin and acne skin problems developed by certified aesthetic specialists in compliance with Malaysian healthcare standards. Individual results may vary based on hormonal and environmental factors.