Take the next step & schedule a visit today

Ready to experience the Estika Medispa difference? Schedule your consultation at any of our 31 branches nationwide and discover why thousands trust Estika Medispa for their beauty transformation.

Complete the form to book your preferred appointment time, and our beauty specialists will confirm your session within 24 hours.
Estika Appointment Form

Kalau bukan pemain bola, mungkin bisnes – Zaquan Adha

Selebriti terkenal, Zaquan Adha Abdul Radzak bukan sekadar sosok seorang pemain bola malah contoh bagaimana impian, keluarga, dan realiti boleh berjalan seiring.

Akui Zaquan, dia tetap akan cari jalan untuk Berjaya dalam kehidupan namun akui karier bola tetap menjadi cinta pertamanya.

Kata lelaki berusia 37 tahun ini dalam episod pertama Too Pretty To Handle, cintanya terhadap dunia bole sepak bermula sejak mendapat pendedahan di padang bola setiap hari ketika zaman sekolah rendah.

“Kalau bukan bola, mungkin dah jadi usahawan berjaya. Bukan sebab tak minat belajar, tapi saya tahu kemampuan diri. Untuk belajar tinggi pandai itu kita tahu kemampuan kita.

“Dari kecil, dunia Zaquan memang hanya di padang bola. Abang ketiga main bola, saya pun hari hari ikut. Itu “view” saya dari kecil,” katanya dan pendedahan itu yang membentuk hala tuju hidupnya.

Tambah anak kelahiran Negeri Sembilan ini, selain kareer bola menjadi pintu rezeki Utama, dia bersyukur menerusi karier sebagai pemain bola, dia akhirnya bertemu jodoh dengan pelakon Ayu Raudhah,

“Saya syukur, bila saya main bola saya dapat artis,” katanya sambil merujuk kepada isterinya, Ayu yang turut berada di sisinya dalam siri podcast, baru-baru ini.

Kembar, Kawan, Lawan – tapi tetap sokong dari hari pertama

Akui Zaquan, abangnya, Aidil Zafuan bukan sekadar kembar, mereka adalah “partner” sejak kecil.

“Kawan saya dia, kawan dia saya. Dari padang bola ke bilik tidur, dari impian ke realiti – semuanya dikongsi bersama,

“Tapi jangan ingat kembar ni tak pernah bersaing. Kalau tak saya nombor satu, dia nombor dua,” katanya.

Berkongsi lanjut lagi, persaingan sihat itu yang buat mereka terus maju dalam kehidupan dan sejak kecil mereka bercita-cita untuk mewakili negara dalam sukan bola sepak.

Buktinya, Zaquan pernah bergelar Bekas kapten Harimau Malaya dan Negeri Sembilan FC (NSFC), sebelum ini.

Selepas dua dekad menabur bakti dalam Liga Malaysia (Liga M), bekas penyerang itu membayangkan kemungkinan akan menceburi bidang kejurulatihan bagi meneruskan karier dan minatnya dalam bola sepak.

Estika Medispa

Ayu Raudhah, dari gadis pemalu ke ibu serba boleh

Pelakon jelita Ayu Raudhah bukan sahaja dikenali kerana bakat lakonannya, tetapi juga kerana peranannya sebagai seorang isteri dan ibu yang penuh dedikasi.

Di sebalik wajah ayu dan senyuman manisnya, tersimpan kisah seorang wanita yang memilih untuk meninggalkan dunia glamor demi keluarga tercinta.

Zaman Sekolah: Pemalu Tapi Tetap Bergaya

Ayu mengakui bahawa dirinya seorang yang pemalu dan “reserved” sejak kecil.

“Saya punya level keyakinan tak macam suami saya, Zaquan Adha,” katanya jujur. Walaupun tidak aktif dalam sukan atau tergolong dalam kalangan pelajar ulat buku, Ayu tetap menjaga penampilan dan melawa ketika di sekolah. Keyakinan mungkin rendah, tetapi tetap mahu melawa,” katanya sambil ketawa.

Berhenti berlakon selepas bergelar ibu

Ayu yang mendirikan rumah tangga dengan Zaquan pada 21 Januari 2011 memberitahu dia memasang impian untuk menjadi seorang isteri yang baik sejak kecil lagi.

“I dari kecil cita-cita nak jadi isteri yang baik untuk suami I. I tak kisah tinggalkan dunia glamour untuk keluarga,” katan Ayu yang mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha, dan kini mereka dikurniakan tujuh orang cahaya mata.

Peranan di rumah: ‘Ayu ibu bijak, serba boleh’

Menurut Zaquan, Ayu merupakan isteri dan ibu yang luar biasa. Dia memainkan pelbagai peranan di rumah — sebagai cikgu, jururawat, doktor, dan chef.

“Ayu pandai, dia hands-on, Maths, English. Even saya yang masuk Matriks pun, saya tengok, saya tak sepandai dia,” ujar Zaquan sambil ketawa. Bila anak-anak bertanya soalan sukar, Zaquan dengan selamba akan berkata, “Daddy tolak ke mummy lah.”

Ayu bukan sahaja mengurus rumah tangga dengan cekap, malah turut mengajar anak-anak sendiri di rumah. Kecekapan dan kebijaksanaan Ayu dalam mendidik anak-anak menjadi bukti bahawa pendidikan bukan semata-mata tentang kelulusan akademik, tetapi juga tentang kesungguhan dan kasih sayang.

Ayu Raudhah bukti Wanita moden yang Berjaya mengimbangi peranan sebagai isteri, ibu dan usahawan.

Di sebalik kelembutan dan sifat pemalunya, tersimpan kekuatan luar biasa yang menjadi inspirasi buat ramai wanita di luar sana.

Estika Medispa

Zaquan tidak pernah halang Ayu aktif dalam dunia lakonan, suka pasangan aktif

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Radzak berkata dia tidak pernah menghalang isterinya, pelakon Ayu Raudhah daripada terus aktif dalam bidang lakonan meskipun sudah berumah tangga.

Menurut Zaquan, ramai yang bertanyakan soalan kepadanya, sama ada dia menghalang Ayu untuk bergelar pelakon supaya focus kepada rumah tangga.

“Bila dia buat keputusan, ramai orang tanya saya. Ingat saya yang larang dia berlakon? Saya jealous ke? Tak. Saya kenal dia sebagai seorang artis sejak awal. Jadi kenapa saya nak ubah dia selepas berkahwin?” katanya dalam podcast Too Pretty To Handle episod satu.

Zaquan berkata, beliau menyokong sepenuhnya minat dan kerjaya isterinya selagi Ayu mampu mengimbangi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak mereka.

“Saya suka pasangan yang aktif. Saya tak nak dia duduk di rumah dan rasa bosan. Saya nak dia sibuk dengan kerja, tapi dalam masa yang sama tahu tanggungjawab dia terhadap keluarga,” ujarnya.

Pasangan selebriti itu kini dikurniakan tujuh orang cahaya mata. Zaquan melihat keaktifan Ayu bukan sahaja memberi inspirasi kepada anak-anak, malah menjadi peneman yang penting ketika beliau sibuk dengan komitmen bola sepak.

“Anak-anak dan aktiviti Ayu di rumah adalah hikmah besar yang Allah beri kepada kami,” katanya.

Zaquan turut menekankan bahawa perancangan keluarga mereka dibuat dengan teliti, mengambil kira keperluan emosi dan sosial anak-anak yang ramai.

Zaquan dan Ayu telah mendirikan rumah tangga sejak 2011 dan kekal sebagai antara pasangan selebriti yang menjadi inspirasi ramai kerana keharmonian dan sokongan antarasatu sama lain dalam kerjaya masing-masing.

Estika Medispa

Lelaki juga perlu jaga penampilan, itu amanah – Zaquan Adha

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Radzak menegaskan, penjagaan kecantikan dan penampilan bukanlah hak eksklusif wanita semata-mata, sebaliknya lelaki juga perlu mengambil serius aspek tersebut sebagai satu bentuk tanggungjawab terhadap diri sendiri.

Menurut Zaquan, dia dan isterinya, pelakon Ayu Raudhah, sama-sama menitikberatkan soal penjagaan diri dan penampilan, malah beliau mengakui dirinya sebagai seorang lelaki metroseksual yang mahu sentiasa tampil kemas dan terurus.

“Kecantikan penting untuk kita. Kalau dia (Ayu) cantik, saya pun kena cantik. Tak kena kalau sebelah cantik, sebelah tak,” katanya sambil menekankan bahawa penampilan yang baik mencerminkan keseimbangan dalam hubungan suami isteri.

Zaquan turut menjelaskan bahawa kecantikan bagi lelaki bukan bermaksud menyerupai wanita, tetapi lebih kepada menjaga kesihatan kulit dan kebersihan diri.

“Kecantikan bukan hanya untuk perempuan. Lelaki pun kena cantik, bukan cantik macam perempuan, tapi jaga kulit sihat. Itu sebenarnya amanah kita,” ujarnya dalam podcast Too Pretty To Handle episode satu.

Ketika ditanya siapa lebih obses terhadap kecantikan antara beliau dan Ayu, Zaquan menyatakan bahawa mereka saling melengkapi dan sama-sama menjaga penampilan.

“Kami sama-sama naik. Saya memang berpenampilan metroseksual. Kalau nak keluar pun, kami akan tanya ‘ok tak?’ dan tengok cara makan pun, kami akan jaga,” katanya.

Zaquan turut berkongsi bahawa penglibatannya dalam dunia penyiaran dan studio menjadikan beliau lebih peka terhadap penampilan kerana kini lelaki juga menjadi perhatian umum.

“Sekarang saya masuk studio, orang dah tengok. Lelaki pun kena jaga benda ni. Lelaki memang susah bab ni, tapi boleh mula dengan ambil vitamin. Tak susah pun,” tambahnya.

Untuk Video penuh saksikan di Too Pretty To Handle Podcast

Estika Medispa HQ
Estika Medispa HQ
Articles: 22