Take the next step & schedule a visit today

Ready to experience the Estika Medispa difference? Schedule your consultation at any of our 31 branches nationwide and discover why thousands trust Estika Medispa for their beauty transformation.

Complete the form to book your preferred appointment time, and our beauty specialists will confirm your session within 24 hours.
Estika Appointment Form

Dua dunia berbeza, Linda dan Watie tak kekok kongsi pentas sama

Dua personaliti, dua kisah hidup, tetapi satu matlamat, mencipta magis di pentas seni! Walaupun datang dari latar belakang berbeza, Linda dan Watie tetap serasi di pentas sama.

Seorang lahir dalam keluarga terkenal manakala seorang lagi dibesarkan dalam suasana kampung namun kedua-duanya membuktikan bahawa keikhlasan, kerja keras dan semangat merupakan kunci kejayaan.

Estika Medispa

Linda atau nama sebenarnya, Azlinda Abdul Rafar, 47, akui minatnya terhadap kecantikan datang daripada ibunya yang sangat menitikberatkan penampilan.

Sejak kecil, Linda sudah terbiasa dengan dunia glamor. Ibunya, seorang ratu cantik kebaya, sangat menitikberatkan penampilan. Bayangkan, masa tadika pun Linda dah pakai mekap, boot coklat dan jaket! Dan ya, Linda mang nampak macam mini fashionista.

“Mak memang nak anak-anak dia jadi artis. Kakak-kakak saya semua pelakon. Dari sekolah lagi Linda dah aktif menyanyi dan berlakon, siap nyanyi lagu Sinaran masa buat persembahan dulu. Kecantikan dan dunia hiburan memang sebati dalam kehidupan,” katanya.

Berbeza dengan Linda, Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali, membesar dalam suasana yang lebih sederhana dan berdisiplin.

Tambah Watie, dengan latar belakang keluarga berketurunan Jawa dan pendidikan agama yang kuat, itu yang membentuk dirinya.

“Saya pernah sekolah agama dulu. Keluarga kami pernah diboikot sebab saya satu-satunya tak pakai tudung masa tu,” cerita Watie.

Ayahnya pula seorang askar wataniah dan kehidupan di kampung di Sabak Bernam sangat berbeza, bayangkan Watie dan adik-beradik nak tengok TV pun susah.

“Kalau tak bangun subuh, kena simbah air,” katanya sambil ketawa kecil berkata dia tidak pernah bercita-cita menjadi artis, tapi takdir membawanya ke dunia hiburan.

Sebelum dikenali ramai, Elite sebenarnya “disimpan” oleh KRU selama setahun untuk sesi latihan.

Estika Medispa

“Jangan harap nak masuk kelab-kelab masa tu,” kata Linda sebelum lagu GIG dilancarkan yang kemudian membawa tuah selepas kumpulan Elite menempa dunia glamour di era 90-an.

Bercerita tentang penjagaan diri, kedua-duanya ada rutin tersendiri.

Linda obses dengan kebersihan dan kecantikan yang mana dia akan mandi tiga hingga empat kali sehari, facial sebulan sekali dan tidak pandai minum air manis.

“Saya suka benda cantik dan bersih. Suntikan muka? Saya takut!,” katanya ketawa.

Sementara itu, Watie yang memasuki usia 49 tahun pada tahun ini, dia lebih menitikberatkan penjagaan dalaman.

“Orang Jawa, saya banyak makan jamu, madu itu penting. Saya tak minum air bergula sejak dulu, semua jus dibuat sendiri.

“Anak-anak pun ikut. Yang penting, di rumah, saya tak mekap langsung, kulit kena rehat,” akhirinya.

Estika Medispa HQ
Estika Medispa HQ
Articles: 22