Ambil langkah seterusnya & jadualkan lawatan hari ini

Bersedia untuk merasai perbezaan Estika Medispa? Jadualkan perundingan anda di mana-mana daripada 31 cawangan kami di seluruh negara dan temui sebab beribu-ribu mempercayai Estika Medispa untuk transformasi kecantikan mereka.

Lengkapkan borang untuk menempah masa janji temu pilihan anda, dan pakar kecantikan kami akan mengesahkan sesi anda dalam masa 24 jam.
Borang Temujanji Estika

Zara Zya tak mahu simpati tetapi mahu jadi inspirasi

Zara Zya bukan sekadar pelakon berbakat besar, dia adalah simbol kekuatan wanita moden yang memilih untuk tersenyum walau dalam kesakitan dan menjadikan pengalaman hidupnya sebagai inspirasi buat orang lain.

Nama yang sinonim dengan watak-watak penuh emosi dan lakonan yang menyentuh jiwa tetapi di luar layar, wanita berusia 39 tahun ini kekal dengan pendirian menyembunyikan kesedihan demi menjaga aura ceria yang menjadi identitinya.

Estika Medispa

“Saya tak nak orang kesian pada saya. Saya nak orang kenal saya dengan kekuatan saya,” katanya tenang.

Kekuatan itu bukan sekadar kata-kata, namun terbukti apabila Zara disahkan menghidap kanser tahap satu pada tahun 2024.

Detik tidak akan dilupakan Zara

Segalanya bermula dengan sakit badan yang berpanjangan akibat arthritis, Zara mengalami kesukaran untuk berdiri lama, baring, dan mengangkat barang berat.

Pemeriksaan MRI yang dilakukan untuk masalah itu secara tidak langsung mendedahkan sesuatu yang mengejutkan, fibroid dan cyst, yang rupa-rupanya sudah berada di tahap awal kanser.

“Saya ingatkan cyst biasa, rupanya kanser. Mujur dikesan awal,” katanya.

Dalam tempoh sebulan, Zara menjalani tiga prosedur pembedahan – di ovari, leher, dan buah pinggang. Kini, selepas setahun berlalu, Zara bersyukur kerana kanser itu telah dibuang dan dia kembali aktif dalam dunia lakonan.

Kecantikan dan keyakinan

Estika Medispa

Walaupun pernah melalui fasa kulit kusam dan tidak dikenali tanpa mekap, Zara kini lebih selesa dengan kecantikan semula jadi.

“Jangan cantik sebab mekap sahaja. Kena ada rutin. Kena mandi dengan limau purut, gosok badan. Kadang kita tak tahu badan kita berbau, orang lain boleh bau,” katanya sambil ketawa.

Antara rahsia kecantikannya, sunscreen (krim pelindung matahari) wajib setiap hari, Cuci muka tiga kali walaupun mekap nipis, Night cream dan serum sebagai penjagaan asas dan pemakanan tomato! Kata Zara, walaupun bukan kegemaran semua, Zara suka dan percaya pada khasiatnya.

Baginya, kecantikan bukan sekadar luaran, tetapi bagaimana seseorang melawan ketakutan dan tampil yakin.

“Dy by day, saya rasa tenang. Saya dapat tutup kelemahan saya dengan keyakinan,” katanya penuh yakin.

Lelaki idaman masa depan

Bila ditanya tentang ciri lelaki idaman, Zara tidak meletakkan syarat fizikal yang tinggi. Tapi ada satu perkara yang sangat penting baginya, kebersihan dan rajin.

“Saya tak okay dengan orang pemalas. Saya suka lelaki yang rajin jaga diri, bersih, dapur bersih, rumah bersih. Jangan kata tak kisah, saya kisah!” katanya tegas.

Estika Medispa HQ
Estika Medispa HQ
Articles: 22